Tuesday, June 30, 2009

Saturday, June 27, 2009

Bulan ICT Peringkat Sekolah SMKKP

Bersempena Bulan ICT daerah, SMK Klian Pauh turut menganjur bulan ICT peringkat sekolah bermula 15 Jun hingga 4 Julai 2009 dengan tema 'Ke arah Pendidikan Holistik'. Berbagai aktiviti telah disediakan untuk para pelajar dan guru.Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Kursus Software Movie Maker pada 4 Jun 2009 dan Ceramah kerjaya IT pada 17 Jun 2009.Kepada semua pelajar dan guru SMKKP jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan ini kerana banyak hadiah menarik menanti anda!

Gambar Bengkel Software Movie Maker

Bengkel Movie maker ini telah diadakan pada 4 Jun 2009 dan disampaikan oleh Cikgu Md.Yazid bin Tajuddin.Anjuran Persatuan Matematik&Sains sempena bulan ICT Peringkat Sekolah.Bengkel ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru SMKKP.Diharapkan dapat menghasilkan satu persembahan movie yang menarik selepas ini..Buat Cikgu Md.Yazid..selamat ulangtahun ke??pada hari tersebut.Semoga panjang umur dan murah rezeki.